Monday, 16 April 2012

KEINDAHAN AKHLAK MAHMUDAH..

Imam Al-Ghazali pernah berpesan agar dilakukan empat perkara berikut agar dapat mencantikkan akhlak,iaitu:
* Bermuamalat atau beurusanlah dengan Allah sebagaimana kamu suka orang bawahanmu berurusan denganmu.Kami tidak berasa bingung atau marah dengannya.Apa yang kamu tidak suka dilakukan oleh orang bawahanmu,maka Allah juga tidak suka diperlakukan sedemikian kerana Allah itu adalah tuhan yang hakiki.

*Setiap kali kamu bekerja dengan orang lain,maka perbuatlah sebagaimana kamu mahu diperbuat ke atas dirimu kerana tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak suka orang lain memperoleh sesuatu yang dia sendiri tidak menyukainya.

*Sekiranya kamu hendak mempelajari sesuatu,maka pilihlah ilmu yang dapat memperbaiki hati dan menghidupkan jiwamu.Sekiranya kamu tahu umurmu hanya tinggal seminggu sahaja lagi,nescaya kamu hanya mempelajari ilmu untuk mengawasi hatimu dan berusaha melepaskan diri dari belenggu dunia.

*Jangan mengumpul harta dunia lebih daripada keperluanmu untuk tempoh setahun kerana Rasullullah saw sendiri hanya menyediakan bekalan terhadap isteri-isteri baginda untuk tempoh sehari setengah sahaja. 

No comments:

Post a Comment