Monday, 23 April 2012

Bagaimana menjemput pertolongan Allah..

       Setiap manusia pasti diuji oleh Allah dengan pelbagai bentuk ujian.Ada yang diuji dengan kemiskinan,kelaparan,dan kekurangan harta benda.Ada yang diuji dengan penyakit,kematian,kehilangan orang-orang dicintai.Ada yang diuji dengan ketakutan ketika jodoh tidak kunjung tiba,sedangkan usia terus bertambah.Ada yang diuji dengan kebimbangan ketika keturunan belum juga hadir setelah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga.Ada juga diuji dengan kecemasan ketika tidak memperoleh sebarang pekerjaan.


          Persoalan demi persoalan ,kesulitan demi kesulitan yang dialami setiap manusia hakikatnyaadalah ujian dari Allahuntuk melihat siapa diantara hamba-hambaNya yang tetap teguh,sabar,dan ikhlas penuh keimanan dan ketakwaan dalam manghadapi segala ujian yang datang kepadanya,serta siapa yang tidak sabar dan cepat berputus asa ketika ditimpa pelbagai ujian dan cubaan dariNya.

             Apakah kita akan menggugat dan mempersoalkan kehadiran Allah?Atau mungkinkah serangkaian masalah yang kita alami,akan semakin menyedarkan kita bahawa kita makhlik lemah yang tidak berdaya tanpa kekuatan dan pertolongan dari Allah SWT?
             Sesungguhnya di sebalik setiap persoalan dan kesulitan yang menimpa manusia ,Allah sudah menjanjikan jalan keluar serta penyelesaiannya.Hany Allah yang mampu memberi pertolongan berupa jalan keluar dari setiap masalah ,serta penyelesaian bagi setiap persoalan yang menimpa manusia.
               Persoalannya,bagaimana menjemput pertolongan Allah,agar masalah yang kita ahadapi segera mendapat penyelesaiannya?

                Hidup adalah pilihan.Dan pilihan itu ada pada diri kita masing-masing.Mahu bahagia atau sengsara,senang atau susah,sabar atau putus asa,bergantung kepada bagaimana kita menyingkapi hidup ini!

Monday, 16 April 2012

KEINDAHAN AKHLAK MAHMUDAH..

Imam Al-Ghazali pernah berpesan agar dilakukan empat perkara berikut agar dapat mencantikkan akhlak,iaitu:
* Bermuamalat atau beurusanlah dengan Allah sebagaimana kamu suka orang bawahanmu berurusan denganmu.Kami tidak berasa bingung atau marah dengannya.Apa yang kamu tidak suka dilakukan oleh orang bawahanmu,maka Allah juga tidak suka diperlakukan sedemikian kerana Allah itu adalah tuhan yang hakiki.

*Setiap kali kamu bekerja dengan orang lain,maka perbuatlah sebagaimana kamu mahu diperbuat ke atas dirimu kerana tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak suka orang lain memperoleh sesuatu yang dia sendiri tidak menyukainya.

*Sekiranya kamu hendak mempelajari sesuatu,maka pilihlah ilmu yang dapat memperbaiki hati dan menghidupkan jiwamu.Sekiranya kamu tahu umurmu hanya tinggal seminggu sahaja lagi,nescaya kamu hanya mempelajari ilmu untuk mengawasi hatimu dan berusaha melepaskan diri dari belenggu dunia.

*Jangan mengumpul harta dunia lebih daripada keperluanmu untuk tempoh setahun kerana Rasullullah saw sendiri hanya menyediakan bekalan terhadap isteri-isteri baginda untuk tempoh sehari setengah sahaja.